This is the Battle. #senior #lastyear #SPM
Monday, 4 November 2013 | 14:12 | 0 ? Sweet Candy
Assalamualaikum dan selamat tengah hari.
SPM tinggal 1 hari lagi. Pemandangan biasa yang dapat kita lihat saat akhir ini ialah para pelajar yakni calon-calon spm yang berada di merata tempat bertungkus-lumus belajar last minute katanya. Saya? Hemm boleh dikatakan begitu juga, cuma tak rasa kelam-kabut manalah.
5 tahun. 5 TAHUN berada di sekolah ni. 5 tahun menghadap suasana yang sama, pelajar yang sama, guru yang sama, aci-aci cleaner yang sama, staf sokongan sekolah yang sama, bosan menyampah perasaan '..entah apa-apa', semuanya ada! Tapi.. semua inilah yang kita akan paling rindu apabila habis sekolah nanti.
Kita akan rindu dengar loceng berbunyi apabila tepat jam 7.20 pagi, kita kan rindu dengar suara cikgu-cikgu disiplin dan pengetua serta jemaah menterinya yang menjerit-jerit masa perhimpunan sekiranya ada yang masih berjalan waktu lagu Negaraku dinyanyikan, ucapan pengetua yang sentiasa dipenuhi dengan tagline nya "Saya percaya... saya yakin.. saya tahu...", ayat pengawas bertugas yang menyakitkan hati bila dia kata "Ok, semua pelajar boleh bersurai dan pnp diteruskan seprti biasa." Semua itu kita akan rindu.
Paling saya akan rindu tentulah classmates saya. 5 tahun kami bersama, tak pernah terpisah. Agama stream punya pasallah kan satu hal. Fahmi, walaupun baru 2 tahun, tapi rasanya sama seperti lama mana aku kenal dengan yang lain. Cara bersin, ketawa, berjalan, even bau pun masing-masing dah cam. Haha ini dah extreme sangat dah ni! Daripada yang benci jadi suka, yang akward jadi kamceng, yang suka bergaduh nanti kahwin. Eh? Haha kalau dah jodoh apa boleh buat.
Oh tak lupa zul, nadh, ira, wan, budak-budak satria, bestari, putra, sampailah ke lestari, semua kau akan rindu. Ada sorang tu yang aku akan rindu juga, tapi tak payahlah letak gambar dekat sini. Baik simpan je elok-elok dalam laptop, kenangan katanya. :)