NNA de Home Sweet Home




#CerpenRantaian : BAB 1
Sunday, 25 November 2012 | 14:13 | 0 ? Sweet Candy



“Jahat...awak jahat...”

Madiha sedang duduk sendirian di sebuah bangku berhadapan sebuah tasik. Dia tidak habis-habis mengulang ayat yang sama sejak melabuhkan punggung di bangku tersebut. Sebenarnya dia baru sahaja putus cinta dengan seorang anak orang berada. Matanya sejak tadi tidak berhenti mengalirkan air mata kecewa dengan apa yang telah terjadi. Patah hatinya sebaik sahaja bekas teman lelakinya dengan mudah memutuskan hubungan mereka.

“Kita putus.”

“Apa? Awak..awak cakap apa ni? Tak lawak lah, awak,” Terkebil-kebil Madiha memandang teman lelakinya, Adam. Dia yang baru keluar dewan kuliah terperanjat sebaik sahaja ditarik oleh Adam ketika baru melangkah keluar. Sekarang, sekali lagi dia terperanjat  kerana Adam menuturkan satu perkataan yang dia sendiri tidak pernah terfikir iaitu PUTUS!

“Mana ada Adam buat lawak. I’m serious, Madi. Adam nak kita putus, break up. Faham?”

Adam mencemikkan mukanya kerana berasa menyampah melihat muka Madiha yang dianggapnya pura-pura tidak bersalah. Memang sudah lama dia ingin memutuskan hubungan mereka. Dia cuma berpura-pura menyukai Madiha walhal dia cuma menyahut cabaran rakan-rakannnya yang bertaruh adakah dia dapat bertahan menjadi ‘teman lelaki’ Madiha yang terlalu naif dan lurus bendul itu.

Dia sememangnya tidak dapat menafikan kecomelan yang dimiliki Madiha, malah lelaki di kolejnya juga rata-ratanya menyukai Madiha. Tetapi, malangnya Madiha bukan jenisnya. Dia lebih menggemari perempuan yang berbadan solid, seksi, pandai bergaya dan setaraf dengannya. Baginya, tiada satu pun kriteria tersebut ada pada Madiha. Namun, Madiha masih belum berpunya. Oleh sebab itu, rakan-rakannya mencabar dia agar menambat hatinya dan menjadikan Madiha sebagai teman wanitanya selama sebulan. Sebagai taruhannya, setiap seorang kawannya akan memberikan RM500. Yang bertaruh ada 4 orang. Jadi, sekiranya dia berjaya melaksanakan cabaran itu, RM2000 dalam genggamannya. Hari ini genap sebulan, jadi dia telah berjaya menyahut cabaran tersebut dengan baik sekali.

“Awak...apa yang dah berlaku pada awak? Kenapa awak tiba-tiba macam ni? Apa salah saya, awak?”

 Bertubi-tubi pertanyaan keluar dari mulutnya. Dia tidak faham kena Adam tiba-tiba membuat keputusan yang drastik tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Tambahan pula, Adam tidak pernah menunjukkan sebarang bahawa dia sudah mulai muak dengan perhubungan mereka.

“Awak..yeah, awak memang ada buat salah. Err..haa! Awak ni haa..bendul sangat. Lagipun, awak bukan taste sayalah, Madiha. Awak tau kan..saya ni orang famous. Mestilah kena jaga standard, okay! Awak ni sebenarnya kan, memang takde class. And, awak tak rasa pelik ke saya tiba-tiba nak bercinta dengan awak,  padahal awak ni memang bukan jenis saya. Awak tu cuma mangsa taruhan kawan-kawan saya. Mereka cabar saya tackle awak. And saya tak sangka pulak yang awak akan terpikat dengan saya dalam waktu yang sesingkat-singkatnya. Only in few minutes. Nampak sangat mudah tertipu. Then, I just go with the flow lah. Sekarang, dah genap sebulan. I have to break our ‘relationship’ up. I gotta go now. Banyak kerja lagi nak dibuat. Ingat ya, from now on, we’re OVER. O.V.E.R.

Air mata Madiha mengalir laju tatkala Adam berpaling meninggalkannya tanpa apa-apa ucapan maaf yang padanya seharusnya diucapkan kepadanya. Dia sama sekali tidak pernah menyangka hubungan mereka akan berakhir dalam tempoh sebulan. Apatah lagi, Adam tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa dia sudah mulai muak dengan perhubungan mereka. Salahnya juga kerana begitu mudah mempercayai Adam, seorang kasanova yang cukup terkenal di kolejnya itu. Bodoh lah aku ni! Takkanlah  dia yang sehebat itu boleh jatuh cinta dengan aku?

“Aaaaaahhh!!! Salah aku jugak sebab mudah tertipu!! Uwaaaaa!!!!”

Tangannya laju melemparkan batu-batu kecil ke dalam tasik yang terbentang luas di hadapannya itu. Sekuat hatinya, sama seperti hancurnya hatinya saat itu. Air matanya deras mengalir terbit dari sepasang mata bundarnya dan membasahi kedua-dua belah pipinya yang mulus.

“Aduh! Sakitlah, woi! Siapa yang kurang ajar sangat nih, haa?!!”

Hariz Izhan mengosok-gosok dahinya yang terasa bengal akibat dilempar seketul batu sebesar ibu jari beberapa saat yang lepas. Joran yang dipegangnya yang terlepas ke dalam air tasik tidak dihiraukannya. Matanya ibarat helang mencari mangsa, mencari siapakah gerangan manusia tak bertamadun yang sesuka hatinya mengganggu ketenteraman petangnya yang indah ini. Wah, sempat lagi bermadah! Matanya tertancap pada seorang kelibat manusia yang berdiri di bawah pohon tidak jauh dari sampan yang disewanya.

“Hei, kau ke yang baling batu tadi? Sakit, tau tak!”

Kayuhan sampannya dilajukan menuju ke arah manusia itu. Kakinya dihayun laju sebaik sahaja tiba ditebing. Padahal sepatutnya dia harus berlabuh di jeti yang telah disediakan. Bukan apa, malas dia nak melambat-lambatkan masa untuk bertemu dengan orang yang membaling batu pada dahinya sebentar tadi. Malangnya kaki kirinya tersadung pada seketul batu yang entah dari planet mana entah tiba-tiba muncul lalu dia tertonggeng tepat-tepat dikaki orang tersebut. Gedebuk! Tak ubah macam nangka busuk jatuh. Mak aihh, bapak malunya aku! Tak guna punya batu!

“Err...awak okay? Mari saya tolong. Nah, ambik tisu ni. Baju awak dah kotor tu.”

Ishhh, perempuan nih! Nak tolong-tolong pulak. Saja lah tu nak bagi aku tambah malu. Mulutnya diherot-herotkan mengutuk-ngutuk perempuan yang sedang menghulurkan tangan kepadanya pada saat itu. Tisu yang dihulurkan oleh perempuan itu disambut kasar. Namun, mukanya tetap dihadapkan ke tanah. Malu untuk memandang perempuan itu yang pastinya saat ini sedang mentertawakannya tahap babun dalam hati.

“Tak payah! Aku boleh bangun sendiri.”

Allah, malunya aku! Dia segera berdiri. Lumpur pada lutut dan sikunya disental kuat walaupun dia sendiri yakin kotoran itu tidak akan hilang selagi tidak dicuci dengan sabun.

“Eh, kau. Kenapa kau pergi baling batu kat kepala aku, hah? Nasib baik batu tu kecil. Kalau aku mati kat situ, macam mana? Kau nak tanggung duit pengurusan jenazah aku? Nak?!”

Hariz mula merepek yang bukan-bukan. Hahahahahaha! Dalam hatinya sudah bagai Gunung Merapi yang nak meletuskan lava. Apatah lagi, muka innocent perempuan itu sudah pucat lesi. Kalau ditoreh, gerenti tak berdarah. Tiba-tiba dia mengalirkan air mata dan melalak sekuat-kuatnya. Hariz mulai gabra. Alamak, nak buat apa ni?! Orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan itu mula memandang pelik ke arah mereka berdua.

“Weh, engkau ni apahal? Diam ah. Orang semua dah pandang tu. Diam...syyyyy, diamlah..”

“Awak tu...huhu..kenapa marah saya..Janganlah marah..huhu...Saya tak sengaja..tak tau pun batu tu akan kena awak..huuu”

Hahahaha! Geli pula hatinya melihatkan muka perempuan yang bermata bulat itu menangis. Macam budak kecik tak dapat mainan. Heh, pon boleh...Hahaha, comelnya! Mukanya kembali dibuat-buat serious apabila tangisan perempuan itu beransur reda. Sengaja ingin menakutkan objek aegyo di hadapannya itu.

Sebenarnya, memanglah dahinya sakit yang amat sangat akibat batu yang dilempar tadi, tetapi apabila mata gatalnya melihat perempuan comel ini, sakit pada dahinya itu semakin berkurangan. Sekali-sekala nak menyakat, apa salahnya. Hehehe..

“Saya...saya tak sengaja. Saya tengah depresssed ni. Baru lepas break up. Boyfriend saya yang minta putus. Dia cakap saya ni bendul lah, terlalu naif lah, bukan taste dialah, bla...bla...bla..”

“Eh, copp! Engkau ni apahal? Aku tak ada masa nak dengar cerita Hindustan bagai kau ni. Aku cuma nak explaination kenapa lempar batu kat aku. Titik. Fullstop. Nampak tak benjol pada dahi aku ni? Dah makin besar gamaknya. Ni semua kau punya pasal. Apa punya nasib malanglah aku jumpa dengan manusia macam kau hari ni? Malang betul...”

 Hariz pura-pura menyesal di hadapan perempuan itu. Mukanya diraup beberapa kali untuk menunjukkan betapa menyesalnya dia. Sengaja membuatkan perempuan itu rasa lebih bersalah. Hihihi. Biar padan dengan muka dia. Itulaa, siapa suruh suka hati baling-baling batu.

“Alaa..saya kan dah cakap tak sengaja. Huhu...saya patah hati. Sebab tulah saya baling batu ke dalam tasik. Dalam drama selalu buat macam tu. Jadi, saya pun buat juga lah. Maaflah...huhu..Apa yang saya patut buat untuk awak maafkan saya?”

“Dah, kau jangan nak nangis sekali lagi pulak. Aku tak nak jatuh maruah disebabkan kau. Dah, dah, diamlah. So sekarang, aku nak blah. Kacau mood aku petang ni je! Tapi ingat, ni bukan kali terakhir kita jumpa. Aku akan selalu ada kat mana kau ada. Aku akan tuntut bila waktu lain kita jumpa. Ingat tu.”

 Bendulnya perempuan nih. Memang padanlah kena tinggal boyfriend. Sempat dia mengutuk perempuan cengeng di hadapannya itu. Hariz segera melangkahkan kaki meninggalkan perempuan itu keseorangan. Hahahahahah! Padan muka kau! Siapa suruh cari pasal dengan aku.

“Eh, nama kau siapa?” Tambah Hariz sebelum meninggalkan gadis itu. ‘Hihi, yelah, tuan dah comel takkan tahu nama kot’, Hariz berkata dalam hati.

“Madiha.” Jawab Madiha sepatah. Sedunya menghalang dia daripada bercakap panjang.

“Huhu...sampainya hati awak..saya tak sengajalah!”

Madiha menjerit kecil apabila Hariz sudah tidak kelihatan dari pandangannya. Entah apa malangnya nasibnya hari ini. Sudahlah baru putus cinta, sekarang terjumpa dengan orang yang segarang harimau. Huwaa..!

“Madiha. Cantik nama, macam orangnya..” Hariz tersenyum ketika kakinya semakin jauh meninggalkan Madiha. Ohh..apakah ini yang dinamakan cinta? Ngiaww!!


PAST | PRESENT





?
? Disclaimer ?

  
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. -----> Manusia yang masih tercari-cari destinasi hidup yang sebenar.

Fluent in French language.
A restaurant.

YOUR SHOUTMIX CODE AT HERE (!)

Jom Terjah!
f
The Moment of Dreams