NNA de Home Sweet Home




#CerpenRantaian : BAB 2
Sunday, 25 November 2012 | 14:53 | 0 ? Sweet Candy



“Didi, udah siap apa belum? Ibu Patimah udah teriak-teriak di bawah itu. Cepatan dong!” 

Aduhh, udah capek bangunin si Madiha ini. Kok gak pernah mau bangun awal ya? Apa gak pernah kapok sama omelan mamanya atau apa? Bibik Suni sudah bagai nak terkeluar anak tekak memanggil-manggil anak sulung majikannya itu apabila disuruh oleh majikannya yang tentunya sudah naik minyak menunggu anak daranya yang satu-satunya itu. Umur dah 20 tapi perangai huh, macam budak sekolah rendah.

“Ya, bik. Cakap kat mama nanti Didi siap laa. Tak pun suruh mama pergi dulu dengan papa. Nanti Didi pergi naik scooter je. Mama tak payah penat-penat membebel, buat lenguh mulut je.”

 Mulutnya bercakap tetapi mata masih tertutup rapat. Haduh, nampaknya Bibik Suni juga sudah mula berjangkit perangai kuat membebel mamanya, Puan Fatimah Habsyi, sejak dia pulang sempena cuti semester ini.

“Haa, nak naik scooter ya. Entah berapa kurun kamu dah tak guna. Ada minyak ke tak lagi tu. Nanti kalau tak ada minyak, kamu jangan mengada-ngada call mama ambik kamu kat mana-mana kalau kamu tersadai. Dah, mama pergi dulu. Assalamualaikum. Satu lagi, mama dengar kamu mengutuk mama tadi tu.”

Matanya automatik terbuntang luas. Alamak, bila masa pulak mama ada kat depan ni? Habislah aku! Selimut tebalnya cepat-cepat dilipat dan tangannnya laju mencapai tuala di hujung katilnya. Seperti biasa, tiba sahaja cuti semester, dia WAJIB membantu ibu kesayangannnya di kafe milik keluarga mereka di Bandar Baru Bangi. Mujurlah rumah mereka tidak berapa jauh dari situ kerana mereka tinggal di Putrajaya.

Sebaik sahaja selesai bersiap, dia segera menapak anak tangga satu persatu turun ke bawah. Tiba di hadapan skuter miliknya, alamak, kunci tak ambik lagi! Aduh! Dia berlari sepantas mungkin ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Mana pulak kunci aku letak ni? Itulah, lama sangat tak guna..Madiha menyumpah seranah di dalam hati sambil tangannya sibuk menggeledah laci di meja soleknya.

Tadaaa! Hahaha, dah jumpa pun. Tanpa melengahkan masa, kakinya laju menuruni anak tangga dan menghidupkan enjin motosikal skuternya lalu memecut laju keluar dari kawasan perumahan Presint 18 menuju ke kafe keluarganya di Seksyen 8. Setibanya dia di persimpangan keluar dari Putrajaya di Presint 14, lampu trafik menyala merah. Dia segera memberhentikan skuternya. Tiba-tiba, sreeeeeetttttt! Gedegum!!!

“Auuuuu!! Sakitnya....mama tolong Didi maa..ouch!” 

Madiha cuba sedaya-upayanya untuk berdiri sambil berpaut pada tiang lampu trafik yang berada berdekatan dengannya. Dia membelek siku dan lututnya yang terasa sakit semasa cuba untuk berdiri. Rupa-rupanya kain pada siku dan lututnya sudah terkoyak rabak dan darah merah mengalir keluar dari lukanya.

“Cik...cik! Cik okay tak?” 

Cemas pemuda itu bertanya kepada gadis di hadapannya yang sudah dilanggar olehnya sebentar tadi. Keretanya terlajak walaupun sudah dibrek kerana had laju kereta yang dipandunya melebihi had yang yang telah ditetapkan. Malang sekali, dia terlanggar seorang penunggang skuter yang berada di sebelah traffic light ketika itu.

Haa?? Madiha tiba-tiba terpaku melihat pemuda di hadapannya itu. Dia hanya diam dan tidak memberikan apa-apa respon terhadap pertanyaan pemuda yang sedang membelek-belek lukanya ketika itu. ‘Hisyy, perempuan ni dengar tak apa aku tanya? Kenapa nampak macam bengong je ni..?’

“Hello..hello, awak. Assalamualaikum!!” 

Pemuda itu menguatkan volume suara garaunya apabila mendapati gadis di hadapannya itu tidak memberikan respons kepadanya. Dia melambai-lambaikan tangan di hadapan muka gadis itu untuk menyedarkannya daripada dunia fantasinya.

“Hah? Ya?” 

Madiha sebenarnya tercengang melihat pemuda yang sedang mencangkung di hadapannya sedari dia berlari keluar dari keretanya lagi. Wajahnya sebijik seperti lelaki yang baru ditemuinya dua hari lepas. Mana mungkin dia semudah itu melupakan wajah lelaki yang dendam padanya kerana seketul batu. Lelaki itu juga mengugut untuk selalu mengekorinya kemana sahaja dia pergi. Jadi, tak mungkin matanya salah!

“Awak ni okay ke tak? Teruk sangat dah saya tengok luka tu. Jom saya hantar awak pergi klinik. Nanti makin parah pulak. Awak boleh bangun tak ni?”

“Tak kot..lutut saya dah terkoyak ni. Uwaaa..mama!” 

 Madiha memandang lututnya lalu melalak sekuat-kuatnya. Dia cukup takut melihat darah, apatah lagi darah yang mengalir keluar dari lutut terlalu banyak sampaikan pemuda di hadapannya itu juga turut seriau melihat lututnya. Dia segera mengoyak lengan kemejanya lalu dibalut pada lutut Madiha yang berdarah dengan harapan darah akan berhenti mengalir keluar. Madiha terpaku tanpa berkata apa-apa. Wah, gentlemannya!

“Kalau ya pun saya ni kacak sangat, tak perlulah awak tenung saya sampai macam tu sekali.”

Pemuda itu yang tiba-tiba bersuara mengejutkan Madiha. Wajahnya merona merah. Dia mencebikkan bibir mungilnya itu sambil matanya melilau-lilau mencari skuter merah jambu kesayangannya. Manalah motor aku ni? Kalau mama tau, masak aku!

“Awak cari apa? Skuter ‘jambu’ awak tu ke? Dah masuk longkang pun.”

“Hah?!” Masuk  longkang? Habislah!

“Dah, jom gerak. Saya hantarkan. Tak perlu risau pasal motor awak tu. Nanti saya call mechanic biar tolong bawa ke workshop.” 

Pemuda itu bersuara apabila melihat muka cengeng Madiha seperti hendak menangis lagi. Dia segera mencempung tubuh genit Madiha lalu membawanya menuju ke keretanya. Madiha terjerit kecil apabila pemuda yang tidak dikenalinya itu tiba-tiba melakukan tindakan drastik yang tidak pernah terlintas dikepalanya. Tambahan pula, tidak ada seorang pun lelaki yang pernah menyentuhnya kecuali bapa dan adiknya sahaja.

“Awak tak perlulah nak takut. Saya bukannya penculik ataupun perogol ataupun apa-apa jenis penjenayah. Awak tengok muka saya ni ada muka criminer ke? Hahahaha. Kelakarlah awak ni. Oh ya, saya Irfan Hakimi. Panggil Irfan je. Nama awak siapa?” 

Irfan bersuara tatkala keretanya mula meluncur laju menuju ke klinik berdekatan.

“Ainnur Madiha.“ Madiha berkata sepatah. 

Dia masih ragu dan takut-takut dengan  lelaki yang baru sahaja dikenalinya dengan nama Irfan walaupun mukanya tampak baik dan suci. Tambahan pula, niat seseorang tidak boleh diukur dengan menilai rupa paras. Bukannya dia tak terpaku dengan gelak tawa Irfan yang pada matanya tidak lari jauh dari Kim Hyunjoong, pelakon Korea pujaannya. Macam angel..waaa..

“Ooo..cantik nama. Err awak..saya minta maaf ya. Sebenarnya tadi saya tengah rushing nak pergi meeting. Saya tak perasan yang saya dah speed terlebih had dan tak sengaja terlanggar awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Awak pun mesti ada hal nak pergi somewhere else, kan?” 

Mukanya jelas menunjukkan betapa dia rasa bersalahnya terhadap Madiha.

No, it’s okay. Saya tak ada apa-apa hal pun.” 

Madiha cuba mengukir senyuman untuk mengurangkan rasa bersalah Irfan terhadapnya. Padahal dalam hati..mati aku! Mesti mama dah risau sangat kenapa tak sampai-sampai lagi kat kafe. Nak call mama, phone pula tertinggal kat rumah masa rushing tadi. Perlu ke pinjam phone dia? Alaa, dah desperate sangat dah ni...

“Emm..awak..Nak pinjam..pinjam..err, nak pinjam phone boleh tak? Nak cakap kat mama saya, takut dia risau. Phone saya tertinggal kat rumah masa nak cepat tadi.” 

Jari-jemarinya diramas-ramas sambil oatknya ligat berfikir ayat apa yang patut disusunnya seandainya pemuda tersebut kedekut untuk memberinya pinjam telefon.

“Tadi cakap tak ada hal. Awak bohong ya,hmm...tak apalah, nah, pinjam lah. Cakap kat mama awak tak perlu ambil awak kat klinik. Saya yang akan hantar awak balik.”

“Err..saya..”

“Tak apa..saya nak tebus rasa bersalah kat awak. Dah, call lah mama awak sekarang. Lambat-lambat nanti dia risau pula.”

 Irfan menghulurkan telefon bimbit miliknya kepada Madiha lalu mengusap lembut kepalanya. Sekali lagi Madiha terpaku. Errkk, sesak nafas dibuatnya! Kalau disentuh tempat lain lagi, boleh koma aku!



PAST | PRESENT





?
? Disclaimer ?

  
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. -----> Manusia yang masih tercari-cari destinasi hidup yang sebenar.

Fluent in French language.
A restaurant.

YOUR SHOUTMIX CODE AT HERE (!)

Jom Terjah!
f
The Moment of Dreams