NNA de Home Sweet Home




#CerpenRantaian : BAB 3
Sunday, 25 November 2012 | 15:07 | 0 ? Sweet Candy



“Awak tak perlu dimasukkan ke wad. Luka awak tidaklah berapa parah, tetapi kena selalu sapu ubat terutamanya antiseptik untuk mengelakkan kuman merebak. Ni list ubat yang awak kena makan dan sapu. Ambil di kaunter depan. Ingat ya encik, jaga isteri encik baik-baik, jangan biarkan lukanya selalu terdedah, takut bakteria makin banyak membiak. Untung isteri encik dapat suami yang ambil berat macam encik ni. Okay, take care of yourself ya, Madiha. ”

“Waalaikumussalam.” Jawab Madiha dan Irfan serentak. 

Madiha meneguk air liur, manakala Irfan sudah sakit perut menahan gelak. Semasa mengambil ubat di kaunter, masing-masing mendiamkan diri. Sampailah ke dalam kereta, Irfan meletuskan tawa sekuat-kuat hatinya.

“Hahahahahahaha! Doktor tu buat lawak! Hahahaha! Isteri! Awak isteri saya. Untungnyalah saya kalau awak ni isteri saya. Comel.” 

Irfan mengenyitkan matanya kepada Madiha. Madiha mengerutkan mukanya. Apa yang lawak pun, entahlah. Doktor ni satu, boleh pulak main redah je assume hubungan aku dengan dia. Kenal pun tak berapa, ni pula nak jadi suami isteri.

“Hehehe..okay, saya gurau. Awak janganlah ambik serious sangat. Tak comel dah, hahaha.” 

Irfan memicit hidung Madiha sampai merah. Madiha menepis.

“Ishhh, janganlah penyekkan hidung saya. Nanti tak mancung dah. Awak..hantar saya dekat kafe mama saya jelah, kat Seksyen 8. Kafe White Cup. Kat rumah tak ada siapa-siapa kecuali bibik je. At least kat kafe ada mama dengan papa saya. Lagi satu, jangan gatal tangan sentuh saya lagi. Tak sukalah.” 

Madiha membuntangkan mata bundarnya sebagai tanda amaran.

“Hahahaha. Yes, madam. Okay, dah sampai pun depan kafe awak ni. Maaf sekali lagi ya, Cik Ainnur, pasal tadi. Eh, awak tak nak kenalkan saya pada parents awak ke? Manalah tahu boleh dapat cheesecake dengan coffee free ke? Hehehe...”

 Irfan mengharap penuh keyakinan. Sebenarnya dia saja mengusik aegyo ini, nak menguji tahap kesabaran lah kononnya.

“Humm..yelah, yelah. Jom. Tapi awak jangan cakap yang bukan-bukan pulak ekk. Nanti saya sekeh awak.”

 Madiha sebenarnya berat hati mahu mengajak Irfan masuk ke dalam kafenya kerana dia khuatir mama dan papanya akan menganggap yang bukan-bukan. Tambah-tambah papa walaupun tengah hari tadi dia sudah menelefon mamanya untuk mengkhabarkan hal yang sebenarnya. Mamanya sudah cukup risau dengan keadaannya ketika itu.

“Hohoho..takutnyaaa. Don’t worry, madam. You can trust me. Hihihi..” 

Ada pula nak main sekeh-sekeh. Tak matang betul. Irfan mengakui di sudut hatinya bahawa dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis yang tak matang bernama Ainnur Madiha. Yabedabedu!

“Assalamualaikum, mama.”

“Waalaikumussalam...Eh, Didi! Bang, Didi datang, bang! Cepatlah ke sini. Didi macam mana? Sakit lagi tak? Ya Allah...risau mama dibuatnya.” 

Sempat Puan Fatimah mengerling pada seorang pemuda yang memapah anaknya. Dipandangnya pemuda itu dari atas ke bawah. Irfan mula tidak berasa selesa dengan pandangan ibu Madiha. Dibuatnya mak Ainnur ni cerewet, macam-macam kena soal jawab dengan nanti punyalah.

“Kamu yang tolong anak makcik, ya? Terima kasihlah, nak. Makcik tak tahu naik cakap apa dengan kamu. Kalau tak ada kamu, macam manalah Madiha ni...terima kasih sekali lagi. Tapi, macam mana kamu boleh jumpa dengan Madiha ni? Dia accident kat mana? Ada yang patah ke?” 

Berdas-das pertanyaan keluar dari mulut Puan Fatimah sebelum Irfan belum sempat cakap sepatah pun. Huh, alhamdulillah..ingat nak marah ke apa. Baik rupanya mak dia ni.

“Ya Allah awak ni, Mah..Kalau ya pun, bagilah tetamu kita ni duduk dulu. Kesian dia, mesti penat sebab tolong Madiha tadi. Mari, mari duduk sini. Kamu nak apa? Pakcik belanja sebab dah jadi penyelamat anak pakcik ni. Nama kamu siapa? Lupa pakcik nak bertanya pulak. Salah Makcik Mah kamu lah ni...”
“Eh, eh, abang ni, saya pulak...”

“Hahaha, tak apa, pak cik. Nama saya Irfan Hakimi. Boleh panggil Irfan je. Terlebih dahulu, saya nak minta maaf pada pakcik dan makcik sebab sayalah punca Ainnur jadi macam ni. Saya yang langgar dia dari belakang.”

 Kepalanya ditundukkan ke bawah. Takut kedua orang tua Madiha naik angin apabila mengetahui punca yang sebenar.

“Tak apa...kami tak marah pun. Lagipun, makcik tau takkanlah Irfan sengaja nk langgar orang tanpa sebab. Ni pun dah kira nasib baik anak tolong Madiha. Tak adalah lari macam tu aje. Madiha ni makcik tengok tak adalah teruk mana pun lukanya tu. Dua tiga hari baik lah tu.”

 ‘Pshjdsfhuxdfixf?! Tak teruk mana? Aku dah macam nak mati mama boleh kata tak teruk? Ya Allah...sabo ajelaa’, kata Madiha dalam hati.

“Pakcik pun tak marah dengan kamu. Asal Madiha tak innalillah sudah..”

“Abang ni..!”

“Abah! Sampai hati..huhu..abah dah tak sayang Didi lagi ke..huhu...” Terperanjat semua orang apabila Encik Faizol menyebut soal mati. Madiha mula menangis. Ya..macam biasa.

“Didi, abah minta maaf. Tak sengaja. Cowie..hehehe..Nak hot chocolate? Abah buat special punya untuk puteri kesayangan abah ni. Ololololo..”

“Haha, nak nak! Jangan lupa blueberry cake sekali tau. Mee kari, coconut shake, jangan lupa! Sayang papa!” 

Madiha menepuk-nepuk tangan apabila papanya memujuknya dengan menyebut soal makan. Dia walaupun bertubuh kecil, tetapi selera makannya mengalahkan orang seberat 80kg. Tak pernah nak sikit. Ikut gen siapa la ni. Mesti mama dia kerana walaupun tubuhnya seperti anak dara tetapi selera makannya juga besar seperti anak perempuannya yang satu ini.

Irfan menggelengkan kepalanya. Ishhh, dah tua tapi perangai masih macam budak kecil. Tak sangka Madiha semanja ini. Dia menjeling Madiha sekilas dan segera memandang ke tempat lain. Meluat jugak kalau manja sampai macam ni..

“Apa?” 

Madiha mengerutkan dahinya. Kenapa pulak dia ni jeling-jeling aku? Aku ada buat salah ke?
“Tak ada apa-apalah.” 

Malas Irfan berterus terang. Nanti tidak pasal-pasal Madiha melalak lagi sebab aku kutuk dia. Dia mengalihkan pandangannya pada kaca tv yang terletak di sudut kafe. Lebih baik dia layan televisyen daripada melayan Madiha. Madiha sekali lagi mengerutkan dahinya. Ah, kacaknya! Apakah? Hisyy, apa aku mengarut ni? Lantas dia teringat pada sesuatu.

“Umm...awak. Nak tanya boleh tak? Ishhh, awak dengar tak saya tanya ni?!”

 Geram Madiha apabila Irfan kelihatan begitu ralit menonton televisyen. Pada ketika itu rancangan Wonderpets di TV9 sedang disiarkan. Tak tahu pulak manusia yang dah tua-tua bangka macam ni boleh layan Wonderpets lagi. Irfan tersentak dari khayalannnya. Segera dia berpaling 90 darjah ke arah Madiha. Dilihatnya Madiha mencemberutkan mukanya dengan rambut yang hampir menutupi kedua-dua matanya . Ahahks, comel! Dia sebenarnya hendak tergelak melihat gadis yang baru sahaja dapat mencuri hatinya dengan perangai tidak matang yang ditunjukkan olehnya. Namun, dibatukan derianya daripada ketawa dan membuat muka serious gitu.

“Ya, dengar. Tanya jelah. Main minta-minta izin pulak.”

“Amboi, garangnya awak ni. Saya ada buat salah apa-apa ke? Marah pulak bila orang tanya.”

“Ya, sayang...tanyalah apa aja awak nak tanya. Saya sedia mendengar. Anything for you, my dear.” 

Irfan sekali lagi menyakat Madiha tanpa menghiraukan tempat dimana mereka berada sekarang. Di kafe itu ibu Madiha pula berdiri tidak jauh dari meja mereka. Dan seperti biasa, Madiha mencebikkan bibirnya. Matanya dijeling menyampah. Hishh, saja je..

“Ishh, awak ni...mak ayah saya ada lah. Kalau mereka terdengar, macam mana? Emm..awak ke yang saya jumpa kat tasik hari tu? Ke awak ada kembar seiras? Bukan apa..hari tu saya terjumpa dengan seorang lelaki yang sama sangat muka macam awak. Tapi matanya agak sepet daripada awak.” 

Dia mengerling pada mata Irfan yang kelihatan lebih besar berbanding lelaki yang dia jumpai beberapa hari lepas.

“Dan penampilan dia jauh beza sangat berbanding dengan awak. Dia..selekeh sikit. Hehehe..” 

Dia menyambung lagi sambil tersengih. Memang dia akui lelaki garang yang dia temui di tasik tempoh hari jauh beza penampilannya daripada Irfan. Irfan tampan dalam kemeja berjalur-jalur berwarna biru gelap dan slack hitam. Kelihatan sungguh berkarisma. Tambahan pula, dia memang bekerja di pejabat. Sangat jauh beza berbanding lelaki tersebut. Dia sememangnya kelihatan selekeh dengan t-shirt putih Quiksilver dan jeans kelabu lusuh walaupun rambutnya yang lusuh kelihatan sangat sesuai digayakan olehnya kerana menampakkan dia lebih muda daripada usianya. Namun begitu, kedua-dua mereka sama tampan. Dan dia perasan, lelaki tersebut mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

“Kenapa awak tanya macam tu? Pelanduk dua serupa kot..hehehe..”

 Irfan menayangkan sebaris giginya tatkala diajukan pertanyaan yang dia sendiri tidak pernah sangka. Dalam fikirannya sudah ligat memikirkan adakah kemungkinan besar lelaki yang dijumpai Madiha itu ialah adiknya, Hariz? Siapa lagi yang seiras dengnnya?

“Takkanlah pelanduk dua serupa...muka dia sama sangat dengan awak, tau tak?” 

Madiha masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Irfan.

“Kembar saya laa tu..”

“Siapa kembar?”

“Dialah.”

“Dia? Siapa dia?”

“Lelaki tulah.”

“Lelaki mana?”

“Ya Allah, yang awak cakap muka sama macam saya tulah. Dia memang kembar saya pun. Adik saya. Hishh, dia ni..dah sampai Malaysia tak cakap.”

“Adik? Lelaki tadi tu adik awak? Serious??”

 Terkejut Madiha apabila diberitahu bahawa lelaki yang dia temui tadi ialah adik lelaki yang sedang bercakap dengannya sekarang.

“Kenapa? Apa yang peliknya? Muka kitorang sama apa.” 

Irfan tergelak dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Madiha. Awal-awal lagi dia sudah dapat mengagak pasti sesiapapun akan berasa hairan tatkala baru tahu bahawa dia mempunyai kembar. Muka mereka hampir sama. Namun yang membezakan mereka ialah mata dan penampilan mereka. Walau bagaimanapun,kedua-dua mereka sering mendapat perhatian mana-mana gadis yang melihat mereka kerana kekacakan yang dimiliki. Madiha juga mengakui dia terpaku melihat kedua-dua mereka sewaktu pertama kali bertemu.

“Tapi...”

“Didi, ni pesanannya. Ni pakcik ada buat untuk Irfan sekali. Makanlah makanan mana pun Irfan nak makan. Free je, tak payah bayar.” 

Encik Faizol tiba di meja mereka, memotong ayat Madiha sebelum dia dapat menghabiskannya. Di kedua-dua belah tangan Encik Faizol terdapat dua dulang kayu yang penuh dengan hidangan yang telah dipesan oleh Madiha sebentar tadi.

“Free, pakcik? Biar betul? Ishh, serba-salah saya dibuatnya, pakcik..Terima kasih ya.” 

Irfan agak terkejut apabila Encik Faizol senang hati membelanjanya. ‘Ini mesti kes aku tolong anak dia ni..’

“Apa pula tak betulnya? Betullah. Ini sebagai tanda terima kasih pakcik pada kamu sebab tadi dah tolong Madiha. Kalau kamu tak ada, macam manalah agaknya yang jadi pada dia. Ok lah, pakcik ke belakang sekejap. Didi layan Irfan baik-baik ya. Dia ni dah dikira pelanggan kat sini. Abah pergi dulu.”

 Mata Irfan dan Madiha sama-sama mengekori abah sehingga kelibatnya hilang di sebalik dinding dapur. ‘Kan dah cakap, aku dah agak dah, hihihi’, bisik hati Irfan.

“Haa apa lagi cik Ainnur, silalah layan saya ‘baik-baik’. Tadi abah awak dah pesan kan? Hihihi. Perut saya dah meragam ni.” 

Sengaja Irfan berkata begitu. Kononnya mahu menyakat lah sangat.

“Kenapa saya? Layan diri, okay. Huh,” 

Madiha mengambil sudu dan garfu untuk terus makan tanpa menghiraukan Irfan. Menyampah lah juga dengan Irfan ni walaupun kacak bergaya. Madiha menyuap sesudu mee kari ke dalam mulutnya, namun suapannya terhenti apabila menyedari Irfan mendiamkan diri.

“Awak kenapa tak makan? Tadi kata perut meragam.” Madiha menyoal.

“Saya tengah merajuk ni. Jangan kacau.”  

Irfan sengaja berpura-pura merajuk. Dia ingin mengetahui sama ada Madiha akan memujuknya ataupun tidak. Sekali-sekala nak mengada apa salahnya..hihihi.

“Oh..merajuk yee. Okay, tak kacau.” 

Madiha menjuihkan bibirnya lalu meneruskan suapannya. Saja dia malas melayan kerenah Irfan.

“Hei awak, saya merajuk ni. Pujuklah saya Madiha..” 

Irfan menunjukkan muka simpatinya sehabis baik. Sampai hati Madiha tak sudi pujuk dia? Sedihlah macam ni. Matanya dikerdip-kerdipkan beberapa kali untuk memancing perhatian Madiha. Kononnya puppy face lah sangat.

“Tadi kata jangan kacau. Huh. Okay tuan putera nak makan apa? Biar patik hidangkan. Macam-macam ada. Nak makan semua pun makanlah. Sebab tuan putera kan putera raja, apalah sangat nak dibandingkan dengan saya yang hina ni..Haa, macam tu?”

 Madiha mendengus kuat. Macam kuda. Hihihi. Irfan hanya ketawa tanpa membalas apa-apa. Suka dia melihat muka Madiha ketika sedang marah. Makin comel pula pada pandangannya. Uiii, gatal! Wooshh, sahlah dah jatuh cinta ni! Hihihihi.



PAST | PRESENT





?
? Disclaimer ?

  
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. -----> Manusia yang masih tercari-cari destinasi hidup yang sebenar.

Fluent in French language.
A restaurant.

YOUR SHOUTMIX CODE AT HERE (!)

Jom Terjah!
f
The Moment of Dreams