#CerpenRantaian : BAB 4
Wednesday, 19 December 2012 | 21:17 | 0 ? Sweet Candy
Hari
ini seperti yang sudah dirancangnya sebelum cuti semester, dia hendak
menghabiskan masa seharian di Alamanda. Luka di siku dan lututnya sudah semakin
kering. Dia membalut tempat yang cedera itu dengan plaster sebanyak yang
mungkin. Dua kotak plaster telah dia habiskan untuk menutup luka-luka pada
anggota tersebut. Pada mulanya, siku dan lututnya dibalut dengan kain, namun
dia rasa menggunakan plaster lebih selesa berbanding kain tersebut. Apatah
lagi, pergerakan yang melibatkan kedua-dua anggota tersebut lebih terbatas
semasa dia menggunakan kain. Namun peritnya masih tetap boleh dirasa.
Sebelum
ke Alamanda, dia dipaksa menjadi pembantu rumah sementara sebaik sahaja bangun
dari tidur. Itu syarat yang Puan Fatimah kenakan sebagai pelepasan untuk
keluar. Bangun sahaja dari tidur, dia terus ke dapur untuk mencuci pinggan
mangkuk. Selepas itu, menyapu, mengemop lantai, mengemas rak-rak buku, menyidai
kain; pakaian seluruh ahli keluarganya, dan...memasak. Oh..satu kesilapan besar
telah dilakukan oleh ibunya dimana seorang gadis manja, tapak tangan halus,
tidak pernah memasak, menyediakan hidangan sarapan untuk keluarga. Tapi, apa
susah? Internet kan ada. Hahahah. iPad sentiasa ada ditangannya semasa berada
di dapur dan diletakkan di satu tempat yang tinggi untuk menjamin
keselamatannya daripada sebarang percikan-percikan sambal tumis, sos-sos dan
sebagainya.
Biarlah apa orang nak kata; anak dara tak pandai masak lah, anak
dara pemalas lah, anak dara tak reti duduk dapur lah, dan sebagainya, dia TAK
KISAH. Well, nobody cares. Macam-macam hidangan sarapan yang dia sediakan.
Antaranya ialah nasi goreng pattaya, mihun goreng special rekaannya, dan
minuman teh panas dan susu. Hidangan sampingan pula ialah roti bawang putih,
sup cendawan dan keju Cheddar.
“Mmmm..sedapnya
bau.”
Shafiqh, adik lelaki Madiha yang berumur 18 memanjangkan leher ketika di
dapur untuk melihat siapa yang memasak. Tidurnya terganggu apabila terdengar bunyi-bunyi
bising dari dapur walaupun biliknya di tingkat atas. Dia mengagak bukan mama
ataupun Bibik Suni yang memasak. Bunyi macam orang tak biasa di dapur kerana
bunyi keletang-keletungnya lain daripada yang biasa. Eh, Bibik Suni sejak bila
pula mama suruh dia yang masak? Ah, bukan, bukan, sejak bila pula pembantu
rumah satu-satunya itu pandai memasak? Masak kari rasa sup, masak sup rasa
macam air paip, masak air paip, eh jadi air masak lah. Ah, apa-apa jelah.
Secara kesimpulannya, Bibik Suni memang tak dikurniakan kemahiran semula jadi
dalam memasak. Lebih kurang orang kata tangan tak ada seni masakan
gitulah. Ceh, mengutuk orang gaji
sendiri. Hihihi. Tapi takkanlah kakaknya kot? Aishh, tak mungkin, tak mungkin.
Dia segera menjenguk ke dapur. Whattt??
“Kakak?
Tak mungkinn!! Tolong katakan bahawa ini adalah penipuan yang semata-mata.”
Terlopong luas mulut Shafiqh apabila melihat kakanya sedang bertungkus-lumus di
dapur. Dia menampar pipinya berkali-kali untuk pastikan bahawa dia tidak
bermimpi. Madiha pelik melihat adiknya yang tercegat di pintu dapur dengan
mulut yang terlopong.
“Shafiqh,
buat apa kat situ tu? Sinilah tolong kakak hidangkan sarapan. Nah, tolong letak
atas meja. Susun elok-elok tau.”
Ujar Madiha lalu mencubit pipi adiknya untuk
mengejutkannya daripada lamunan yang entah apa-apa tu. See, ingat orang yang
tak pernah duduk dapur pun tak boleh masak ke haa? Dia menghulurkan semangkuk besar mihun kepada Shafiqh untuk
diletakkan di atas meja makan. Shafiqh yang masih tercengang-cengang itu mengikut
sahaja arahan tanpa menjawab.
Ketika
itu, Puan Fatimah dan Encik Faizol baru sahaja turun dari tingkat atas. Pagi
ini mereka bangun dari tidur sedikit lewat daripada biasa memandangkan hari ini
ialah hari minggu. Namun, Bibik Suni tidak kelihatan pada pagi itu. Well,
dimanakah gerangan pembantu rumah tercintanya itu menghilangkan diri? Biasanya
Bibik Suni lah orang yang paling sibuk mengemas setiap hari minggu.
“Hai
anak perempuan mama sorang ni, banyaknya masak. Tak sangka Didi boleh masak.
Kerja rumah yang lain macam mana pula? Dah siapkan?”
Puan Fatimah juga terkejut
kerana dia sama sekali tidak menyangka Madiha dapat menyediakan sarapan
sebanyak ini. Tetapi itu bukan masalahnya, apa yang mengejutkan ialah anak
perempuan satu-satunya itu boleh memasak. Suaminya apatah lagi, berkali-kali
menenyeh matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya itu adalah realiti
semata-mata.
“Hehehe..dah
mama.” Jawab Madiha pendek. Terasa kembang hidungnya apabila mama memuji.
“Fuyoo..bravo
Didi, bravo! That’s my girl! Hahaha. Tapi kan , kenapa tiba-tiba? Peliklah. Nak
minta kebenaran keluar eh?” Encik Faizol meneka.
Yalah, takkanlah tiba-tiba
Didi boleh merajinkan diri bukan sahaja masuk dapur, malah memasak. Dia
melabuhkan punggungnya di kerusi dan diikuti dengan isterinya dan Shafiqh.
“Haa,
tahu pun bang. Mesti nak minta lampu hijau untuk keluar lah tu.”
Ujar Puan
Fatimah mengiyakan tekaan suaminya tadi setelah mengambil tempat duduk
bersebelahan suaminya. Madiha tersengih. Dia yang sedang menarik kerusi untuk
duduk tidak jadi duduk apabila mamanya bertanyakan tentang Bibik Suni. Ya,
semua hairan kerana bukan sahaja batang hidungnya tidak nampak, malah
kelibatnya juga. Namun tiba-tiba semua terkejut apabila dia tiba-tiba muncul
dari pintu dapur. Yang hairannya, dia sedang dalam keadaan berpeluh-peluh dan
termengah-mengah. Sekali nampak macam kena kejar anjing, dua kali nampak macam
kena kejar hantu. Hantu? Ishh, mana ada hantu siang-siang macam ni? Semua
tertanya-tanya melihatkan keadaan Bibik Suni yang tidak dapat diagak itu.
Pakaian yang dipakai Bibik Suni juga pakaian bersukan. Tak mungkin dia pergi
berjoging.
“Eh,
awak dari mana, Suni? Termengah-mengah sampai macam tu sekali. Pergi mana? Dari
tadi tak nampak?”
Bertalu-talu soalan diajukan oleh Puan Fatimah kepada
bibiknya. Dia sendiri tidak dapat meneka pembantu rumahnya itu dari mana.
“Sabarlah,
Mah. Cuba tanya satu-satu. Kesian si Suni tu, mengahnya pun tak hilang lagi tu.”
Encik Faizol berkata untuk cuba menangkan isterinya.
“Saya..huh..saya..jogging,
puan. Huh...”
Kata Bibik Suni sambil mengurut-ngurut dadanya. ‘Nampaknya memang
penat betul bibik ni. Tapi jogging? Eh, sejak bila bibiknya yang satu ini
pandai buat lawak? Dan sejak bila pula bibiknya ini berjogging?’, detik hati
kecil Madiha.
“Dah,
dah, pergi salin baju. Mari makan sekali. Ini sarapan pagi ni semua Didi yang buat.”
Terbeliak mata
Bibik Suni sebaik sahaja majikannya itu menghabiskan ayatnya. Apa? Madiha
masak? Tak pernah dia terfikir selama 8 tahun dia bekerja di rumah itu,
satu-satunya anak perempuan majikannya itu memasak. Dia segera berlalu ke
biliknya dalam keadaan termangu-mangu. Dia masih tidak boleh menerima hakikat
yang terjadi sebentar tadi. 5 minit kemudian, Bibik Suni keluar dari biliknya
dan mengambil tempat duduk di sebelah Shafiqh.
“Bik,
ni semua kakak yang masak tau. Percaya tak? Tak percaya kan?”
Bersungguh-sungguh Shafiqh bertanya kepada bibiknya. Madiha di sebelah sudah
monyok. Kecil hatinya apabila semua orang tidak percaya bahawa dia boleh
memasak. Padahal dia sebenarnya tidak percaya dengan kebolehannya. Cehh, itu
pun rujuk resepi dari internet. Encik Faizol menyedari perubahan pada air muka
Madiha. ‘Pasti dia kecil hati’, detik hati kecilnya.
“Eh,
buat apa cakap banyak-banyak lagi? Marilah makan. Nanti sejuk pula makanan ni.
Penat-penat Didi sediakan untuk kita.”
“Iyalah,
mama sendiri tak sabar nak cuba. Nampak sedap, bau pun sedap. Shafiqh, baca
doa.”
Ujar Puan Fatimah diikuti dengan bacaan doa makan oleh Shafiqh. Semua
mula menjamah makan tetapi tidak Madiha. Jantungnya berdebar-debar menantikan
reaksi dan komen daripada mereka tentang sarapan yang telah dia sediakan ini.
Dia dapat merasakan peluh dingin mengalir di dahinya ketika ini. Semua sudahlah
cerewet tentang makanan, apatah lagi mama.
“Ehemm..”
Mama berdehem pendek. Kemudian dia menyambung ayatnya lagi,
“Sedap.
Boleh tahanlah untuk percubaan pertama. Mama suka Nasi Pattaya ni.”
Encik
Faizol mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan oleh isterinya tadi.
“A’aa
lah kak, mihun ni sedap sangat. Resepi mana yang kakak guna?”
Tanya Shafiqh
sambil menyuap mihun ke dalam mulutnya dengan rakus. Semua orang menggelengkan
kepala masing-masing. Mereka semua sudah faham dengan Shafiqh. Jika suatu
makanan itu tidak kena dengan cita rasanya, sebeban kutukan dia beri pada orang
yang memasak makanan tersebut, tetapi jika suatu makanan itu baginya sedap, dia
hanya bercakap pendek sahaja. Dia akan menikmati makanan tersebut sesuka
hatinya tanpa menghiraukan kata-kata orang lain. Ya, itulah Shafiqh. Madiha
tersenyum melihat adiknya yang satu itu menyukai masakannnya.
“Adalah.”
Madiha berkata sepatah dan tersenyum.
Sebenarnya asas memasak mihun goreng dia
rujuk pada satu resepi di internet tetapi yang selebihnya dia mereka sendiri.
Dia menambah sotong, udang dan fish cake dan macam-macam lagi. Sebagai hidangan
sampingan, dia menyertakan keropok ikan dan sos sebagai penambah rasa. Masing-masing
meneruskan suapan tanpa ada langsung yang bercakap. Itulah adab yang sentiasa
keluarga mereka amalkan mengikut sunnah Rasulullah saw.
Puas hati
Madiha tatkala melihat semua menjamah masakannya dengan berselera sekali.
Hilang rasa penatnya bertungkus-lumus di dapur sejak dari pagi tadi. Mulai saat
ini, tak akan lagi sesiapa pun di dalam rumahnya akan mengutuk-ngutuknya anak dara pemalas. Dia bukannya pemalas
tetapi dia tidak duduk di dapur kerana takut akan percikan-percikan minyak,
sambal tumis dan sebagainya ketika memasak. Alasan betul!