#CerpenRantaian : BAB 5
Thursday, 20 December 2012 | 11:44 | 0 ? Sweet Candy
Usai
bersarapan, Madiha meminta diri untuk ke biliknya bagi mempersiapkan diri untuk
keluar. Tetapi ada satu masalah yang dia baru ingat iaitu dia tiada kenderaan
ke sana. Oleh sebab malas meminta tolong daripada ibu atau bapanya, Madiha
meminta tolong adiknya.
“Kakak
nak pergi mana?” Tanya Shafiqh sebaik melihat kakaknya sedang bersiap-siap
keluar.
“Alamanda.”
“Ohh..”
Oh
je? Bukannya nak offer hantarkan ke apa ke? Naik bas? Dia tak pernah naik bas.
Bukan apa, dia terlalu dipengaruhi oleh berita-berita yang sering disiarkan di
media. Walaupun kenderaan lain sama juga jumlahnya yang sering terlibat dengan
kemalangan jalan raya, namun dia lebih memilih kenderaan kereta dan motosikal
berbanding bas.
“Err..Shafiqh
baik tak? Hantarkan kakak boleh? Please...Sanggup ke tengok kakak kesayangan
Shafiqh terpaksa berhimpit-himpit dalam bas sedangkan ada orang yang boleh kakak
minta tolong untuk hantarkan. Kalau macam tu buat mana ajelah Shafiqh jadi
satu-satu anak lelaki keluarga ni. Tolong..”
Berjela-jela alasan diberi untuk
memujuk rayu adik lelaki satu-satunya supaya bermurah hati menghantarnya tanpa
perlu dia bersusah payah menunggu, dan berhimpit-himpit dalam bas.
“Haa..pandai
mengayat. Yelah, yelah. Lagipun Shafiqh tak ada kerja sekarang ni. Tunggu
sekejap, Shhafiqh nak naik atas untuk bersiap. Nah kunci kereta. Kakak tolong
panaskan boleh?”
Ujar Shafiqh lalu menyerahkan kunci keretanya kepada kakaknya.
Perlahan-lahan dia memanjat anak tangga menuju ke biliknya untuk bersiap.
Madiha
memanaskan enjin kereta dan mengambil tempat duduk di tempat pemandu. Sengaja
dia mencuba-cuba berlagak seperti memandu kereta. Tiba-tiba muncul ibunya di
tepi cermin kereta. Hampir melatah dia kerana terkejut.
‘Ishh mama ni, sama
macam Shafiqh. Suka buat orang terperanjat,’ dia merungut di dalam hati.
“Orang
suruh belajar kereta tak mahu. Sekarang berangan-angan pula. Kalau pandai bawa
kan senang, tak payah minta tolong orang.”
Kata Puan Fatimah menyindir anak
perempuan yang satu-satunya itu. Takut katanya. Kalau takut sampai bila pun tak
akan boleh bawa kereta. Macam mana kalau duduk jauh?
“Betul kata mama tu. Belajarlah kereta,
kakak. Senang sikit kalau nak pergi mana-mana. Tak perlu minta tolong orang
lain dah.”
Shafiqh yang tiba-tiba muncul dari muka pintu turut mengiyakan
kata-kata ibunya. Madiha mencebik. Dia keluar dari kereta dan bersalaman dengan
ibunya sebelum meminta izin unutuk beredar diikuti oleh adiknya. Dia mengambil
tempat di sebelah tempat pemandu dan kereta Shafiqh perlahan-lahan meluncur
keluar dari perkarangan rumah mereka dan kemudian hilang dari pandangan ibu
mereka.
‘Hmm..nak
pergi mana dulu ya? Carrefour dululah. Nak pendrive gantikan yang dah hilang
tu. Susah pula nak buat apa-apa assignment nanti,’ Madiha berkata di dalam
hati.
Dia menghayunkan langkah menuju ke Carrefour yang terletak tidak jauh
dari pintu masuk Utara kompleks membeli-belah itu. Sebaik sahaja tiba di tempat
menjual barang-barang elektronik, dia meninjau beberapa pendrive sambil
diperhatikan oleh jurujual di situ.
“Yang
mana, cik?” Tanya jurujual tersebut kepada Madiha.
“Yang
warna biru, 8GB tu ya.”
Kata Madiha sambil tersenyum lalu bergerak ke sudut
lain untuk meninjau barangan lain sementara jurujual tersebut menguruskan resit
pembayaran.
“Cik,
saya nak yang tu."
“Eh,
tapi ada seorang perempuan muda tadi dah cop, bang.”
“Ah,
tak ada, tak ada, saya nak yang tu jugak. Cepatlah, saya nak cepat ni.”
Telinga
Madiha dapat menangkap satu perbualan dari belakangnya, lalu dia segera
berpusing ke belakang. Hah, lelaki hari tu?! Lelaki yang marah-marah padanya
tempoh hari di tepi tasik. Laju kakinya dihayun menuju ke arah lelaki tersebut.
“Awak??
Eh, tapi pendrive tu saya yang nak beli dulu. Jadi pendrive itu saya punya.”
Madiha mempertahankan haknya sekeras-kerasnya walaupun dia mengaku bahawa dia
sendiri takut melihat muka bengis lelaki tersebut. Ahh, langsung tak sama
seperti Irfan yang sentiasa lekang dengan senyuman ketika bercakap dengannya.
“Lah,
budak cengeng ni rupanya. Suka hati aku lah. Kenapa tengok-tengok macam tu? Nak
menangis lagi?? Menangis lah!”
Hariz cuba menggertak Madiha. Mana tahu kalau dia
betul-betul menangis lagi. Aihh, janganlah betul-betul menangis. Aku main-main
je ni,’ takut juga dia kalau gadis di depannya itu sekali lagi menangis di
kawasan terbuka seperti ini.
“Awak
ni memang jahatkan?! Saya benci awak! Makanlah pendrive tu sampai kenyang!”
Madiha berlalu pergi sambil menahan air matanya yang bertakung lalu segera
menuju keluar dari pasar raya tersebut.
“Alamak,
menangis ke? Hahaha, menjadi juga. Eh, aku nak beli pendrive tu. Berapa?”
Hariz
kembali menghadap ke arah jurujual tersebut yang sedari tadi menjadi penonton
setia drama percuma yang berlaku antara dia dan Madiha.
“Tapi
cik tadi...”
Bingung dia dengan perangai Hariz yang sanggup menggunakan cara
kotor untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Serba-salah pula dia apabila
memikirkan gadis tadi yang sudah monyok mukanya apabila digertak oleh pemuda
yang berperangai buruk di hadapannya itu, harap muka sahaja kacak, tetapi hati,
Tuhan saja tahu.
“Haha,
ni aku nak belikan untuk dia lah ni. Bungkuslah cepat. Movie aku dah nak mula
ni.”
“Hah??”
Berkerut muka jurujual tersebut. Nak belikan untuk cik tadi? Habis tu kenapa
marah-marah? Anehnya perangai..
“Ya..tadi
aku saja je gertak dia. Nak test aje pun, dia tu yang cepat menangis.”
Kata
Hariz sambil membelek-belek pendrive lain yang dipamerkan di dalam kotak kaca
di situ. Macam tahu-tahu saja apa yang difikirkan jurujual tersebut. Jurujual tadi hanya menurut dengan muka yang penuh kebingungan.
“Bungkuskan yang ni juga. Yang ni pula untuk
aku sendiri. Cepat ah.”
Tambah Hariz lagi sambil menunjuk pada pendrive yang
berwarna kelabu kegemarannya. Tidak sabar pula rasanya dia hendak mengenakan
Madiha lagi. Tak tahukah dia bahawa perangai dia itu sebenarnya lagi membuatkan
Madiha semakin membencinya? Biarlah. Orang kata jangan benci-benci, nanti
lama-lama suka. Itu pendapat Hariz.
PAST | PRESENT